Wednesday, 16 September 2015

TAHAP PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Kerajaan melancarkan Program Pembangunan Francais pada tahun 1992 dan selepas Persatuan Francais Malaysia ditubuhkan pada tahun 1994. Sejak itu pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat usahawan mengenai potensi perniagaan francais di negara ini. 

Mengikut perangkaan yang dari kajian, sebanyak 5% dari jumlah jualan runcit tahunan di Malaysia adalah daripada outlet francais. Ini adalah sesuatu yang membanggakan memandangkan industri francais di Malaysia masih agak baru berbanding dengan negara-negara lain. 

Sebahagian besar daripada perniagaan francais ini adalah dalam sektor makanan, perkhidmatan, aksesori wanita, keperluan rumah dan telekomunikasi. Potensi perniagaan francais Malaysia untuk berkembang ke negara Asean dan lain-lain negara adalah cerah. Di antara program dan aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Francais termasuklah mengenalpasti produk-produk tempatan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai perniagaan francais dengan mengadakan perundingan dengan pemilik perniagaan dan melalui penyediaan kemudahan-kemudahan serta bantuan yang diperlukan dari segi kewangan, khidmat nasihat dan rangkaian pasaran.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan turut membangunkan produk-produk yang sama dengan produk-produk tempatan yang sedia ada di pasaran untuk difrancaiskan sekiranya didapati berpotensi sebagai perniagaan francais. Kementerian melalui agensinya akan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya dan seterusnya diambilalih oleh usahawan Bumiputera tempatan untuk difrancaiskan. Ini akan membolehkan produk-produk berkenaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun pemilik produk tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka buat masa ini.

Selain itu, membuat kenalpasti amat penting terhadap perniagaan-perniagaan francais luar negara yang berpotensi untuk dibawa masuk ke Malaysia dan kemudiannya membeli hak secara terus bagi perniagaan-perniagaan tersebut sebagai francaisi induk. Perniagaan tersebut seterusnya akan difrancaiskan kepada usahawan-usahawan tempatan sebagai francaisi dan kemudiannya memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang berpotensi untuk memiliki hak francaisi induk tersebut. Pemberian hak ini akan dibuat menerusi agensi-agensi Kementerian seperti Perbadanan Nasional Berhad dan Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. 

Bagi mengembangkan perniagaan produk-produk francais tempatan ke peringkat global. Ini termasuklah produk-produk francais yang sedia ada dan yang baru dibangunkan serta produk-produk francais yang dibangunkan dalam bentuk 'conversion'. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan akan turut menyertai ekspo-ekpso francais di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan produk-produk francais tempatan ke luar negara. 

Dalam menjalankan kajian-kajian bagi menentukan keberkesanan program serta penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan pencapaian program-program pembangunan perniagaan francais. Ini termasuklah kajian dan penyelidikan pasaran, kajian produk dan kajian premis perniagaan serta penyediaan kurikulum latihan. Ini dilaksanakan dengan kerjasama institusi-institusi pengajian dan penyelidikan tempatan seperti Universiti Utara Malaysia, MEDEC serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan. 

Dalam usaha memberikan latihan dan bimbingan kepada francaisor dan francaisi dari segi latihan teknikal operasi perniagaan produk berkenaan, kursus asas perniagaan francais kepada usahawan-usahawan, pembangunan perundingan kepada juruperunding-juruperunding francais dan mengadakan kursus-kursus di peringkat negeri. Aktiviti ini dilakukan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan institusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia dan MEDEC, UiTM. 

Pihak tertentu juga akan menyediakan skim pembiayaan yang komprehensif kepada francaisor, francaisi induk dan francaisi dalam bentuk pembelian ekuiti, 'loanstock' dan pinjaman biasa. Syarat-syarat permohonan di bawah Skim Pembiayaan Francais yang sedia ada akan dipermudahkan dan lebih banyak panel bank akan dilantik bagi membolehkan lebih ramai usahawan mendapat kemudahan di bawah skim tersebut dan tempoh masa permohonan juga boleh dipercepatkan. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dan agensi-agensi yang berkaitan serta sektor swasta juga akan turut menyertai seminar dan ekspo di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan perniagaan francais tempatan ke peringkat global serta menerbitkan brosur-brosur dan majalah mengenai perniagaan francais. Dengan adanya usaha mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan juga nasional bagi mempromosikan perniagaan francais kepada usahawan-usahawan tempatan. 

Dari segi undang-undang di Malaysia pula, dikuatkuasakan dengan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan. Akta tersebut digubal dengan tujuan membolehkan kerajaan mengumpul maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan francais melalui satu sistem pendaftaran yang teratur, mengawalselia pelaksanaan perniagaan berkonsep francais di Malaysia secara keseluruhannya dan membendung amalan tidak sihat dalam perniagaan francais. Sehingga ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan telah meluluskan pendaftaran 137 buah syarikat francaisor dan francaisi induk serta pemegang francais pemberi francais asing daripada jumlah keseluruhan permohonan yang diterima iaitu sebanyak 223 permohonan sahaja.

No comments:

Post a Comment