Wednesday, 16 September 2015

KESIMPULAN


Pertumbuhan pesat industri francais ini mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia secara amnya dan ia juga dapat meningkatkan bilangan usahawan bumiputera serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia khasnya. Sehingga kini, sebanyak 20 peratus peningkatan jumlah francais iaitu 580 perniagaan yang berdaftar di Malaysia dimana 69 peratus merupakan jenama francais tempatan. Jadual berikut menunjukkan jumlah francais berdasarkan negara asal produk sehingga 20 Disember 2011.

Pembangunan perniagaan francais juga tidak hanya tertumpu kepada sektor tradisional malah diperluaskan kepada sektor sasaran baru seperti yang ditekankan di dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10). Lanskap industri francais di Malaysia kini juga semakin pesat melalui sokongan padu kerajaan sehingga berkembang di dalam dan luar negara. Menurut perunding francais, Hasril Noordin melalui bantuan kewangan dan latihan intensif yang disediakan oleh kerajaan dapat meningkatkankan industri dan peluang perniagaan kepada pihak francaisor dan francaisi. Pembangunan kapasiti dan kapabiliti adalah nadi penggerak francais dan telah menjadikan industri francais sebagai salah satu enjin pembangunan Negara. Jadual di bawah menunjukkan analisis sektor campuran dalam masa 10 tahun yang akan datang.

No comments:

Post a Comment