Dengan mengambil dari kata dasar “Franc” atau “Franchising” dari sebutan bahasa Anglo-French yang bermaksud PERCUMA. Tuan punya perniagaan digelar ” Francaiser” (Franchiser) dan peniaga yang menggunakan model perniagaan Francaiser digelar, ” Francaisi” (Franchisee). Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.
Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), dari sudut konsep komersial Francais adalah satu kaedah pemasaran yang berasaskan pemberian hak dan tanggungjawab bagi menjalankan sesuatu perniagaan menggunakan tanda nama atau tanda niaga, sistem, lokasi atau kawasan dan jangka masa yang ditentukan. Dari sudut perundangan (Akta Francais) pula, Francais adalah kontrak atau perjanjian sama ada secara nyata atau tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2 orang atau lebih di mana antaranya. Francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor. Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan. Francais adalah satu amalan perniagaan di mana sebuah syarikat diberi hak untuk mengendalikan perniagaan serupa dengan sesuatu syarikat lain dengan menggunakan jenama, model dan operasi perniagaan syarikat berkenaan. Bagi pemilik perniagaan atau francaisor, francais merupakan alternatif untuk mengembangkan perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga(francaisi).
Pendek kata, perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk(francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu. Dengan perkataan lain,perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan yang berkontrak di antara francaisor dan francaisi yang menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan peniruan(duplication).
Perniagaan francais juga merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorang individu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system) , pengkhususan (specialization), dan piawaian (standardization) .
Jenis-jenis industri francais adalah termasuk Francais pengedaran produk(secara convertion), Francais tanda nama(cap dagangan), Francais format perniagaan. Menurut Persatuan Francais Malaysia(MFA), francais jenis pengedaran produk merupakan syarikat persendirian yang sedia ada telah dipelawa untuk menjadi francaisi dalam rangkaian perniagaan francaisor. Francaisi akan menukar tanda nama dan cap dagangan dagangan kepada jenama francaisor. Contohnya, Syarikat Madani Greatlink Sdn.Bhd telah diberi hak oleh Proton Edar untuk menjual kereta nasional.
Selain itu, Francais jenis tanda nama(cap dagangan) pula dikawalselia oleh francaisor untuk memastikan kualiti dan nama baik francaisor terpelihara. Hak yang diberikan kepada francaisi menggunakan jenama, tanda nama, dan logo. Francaisi dalam cap dagangan ini tidak memerlukan konsep dan sistem perniagaan yang lengkap Contohnya, syarikat XYZ yang berjaya mendapatkan hak untuk menggunakan watak karton Doreamon dalam hiasan barangan ataupun makanan yang dijual.
Manakala, Francais jenis format perniagaan pula yang paling popular dan mendapat pengikhtirafan di bawah Program Pembagunan Francais anjuran kerajaan. Peniaga Francais jenis ini diberikan hak untuk menduplikasikan keseluruhan sistem perniagaan yang diamalkan oleh francaisor. Mereka biasanya terus mendapatkan hak menggunakan jenama dan mengedarkan produk yang ditawarkan. Industri francais jenis ini lebih mudah untuk menjalankan perniagaan kerana semuanya disediakan oleh francaisor. Francaisor mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan semuanya yang berkaitan dengan perniagaan yang akan dijalankan oleh francaisi.
Konsep perniagaan ini adalah boleh di dominasi dalam berbagai cara. Pada prinsipnya ia merupakan satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak (francaisor dan francaisi) yang ditubuhkan untuk mengagihkan atau mengedarkan barangan dan perkhidmatan melalui "outlets" tertentu untuk satu jangkamasa yang ditentukan atau tiada had jangkamasa. Ianya berdasarkan satu perjanjian di mana francaisor menganugerahkan francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan, sistem beroperasi dan nama baik (goodwill) francaisor di dalam mengeluar, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu.
Oleh sebab kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain meskipun mereka adalah "business entity" yang berasingan maka, francaisor perlu membekalkan kepada francaisi dengan kepakaran mengelolakan perniagaan melalui latihan dan penyediakan manual operasi yang komprehensif. Francaisor dan francaisi adalah bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi nama baik tanda niaga.

No comments:
Post a Comment