Nisbah risiko kegagalan dalam perniagaan diceburi melalui francais rendah berbanding dengan perniagaan sendiri yang risikonya boleh mencecah 70 peratus pada permulaan perniagaan tahun pertama dan kedua. Perniagaan melalui Francais pula punyai kadar kejayaan hampir 80 peratus.
Kewujudan perniagaan Francais biasanya mendapat bantuan seperti pengiklanan, sokongan dan latihan perniagaan yang biasanya merupakan sebahagian pakej Francais yang ditawarkan oleh Francaisor. Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai. Kepentingan wujudnya francais, pembelian stok boleh didapati dengan harga terendah dari francaisor yang akan memberi pulangan yang lumayan.Sekiranya membeli Francais yang telah tercipta nama dalam pasaran, maka francaisor tidak perlu risau tentang strategik pemasaran kerana sudah mempunyai pelanggan yang tersedia ada.
Antara kepentingan menjadi francaisor dalam industri francais adalah berpeluang meluaskan perniagaan menggunakan modal pihak lain (francaisi). Selain itu, perluasan pasaran dan mendapat maklumbalas pemiagaan yang luas dengan cepat dan berkesan. Perluasan pengaruh dan liputan jenama mahupun produk francais tanpa perlu menguruskan perniagaan secara langsung. Di samping itu dapat mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia. Maka, francaisor itu boleh lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Antara kepentingan menjadi francaisi dalam industry francais adalah risiko lebih rendah berbanding perniagaan konvensional. Sebagai contohnya, jenama dan reputasi perniagaan yang dikenali ramai, sistem operasi yang teratur dan pemantauan berterusan oleh francaisor. Terdapat manual operasi dan manual latihan yang lengkap tersedia ada dalam “learning curve” yang cepat disampaikan oleh pihak francaisi. Berpeluang memperniagakan produk yang sudah terkenal dan terbukti kejayaannya. Francaisi mendapat khidmat sokongan dari pihak francaisor seperti membuat pemilihan lokasi, pengurusan perniagaan dan pengurusan outlet francais secara berterusan.
No comments:
Post a Comment