Wednesday, 16 September 2015

HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAIS DAN FRANCAISOR DI MALAYSIA

Sebenarnya, pembelian perniagaan Francais yang berjenama biasa harganya amat tinggi. Di samping perlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan dan ada juga Francaisor kenakan royalti, kos iklan atau perkhidmatan tambahan. Bagi pihak yang ingin menjalani perniagaan francais, mereka dinasihatkan perlu berhati-hati dalam perkara seperti ini sebelum memasuki kontrak. 

Ceburi perniagaan francais juga akan mengakibatkan mereka hilang kebebasan dalam perniagaan sendiri apabila perlu mengikut segala arahan dan syarat seperti termeterai dalam perjanjian dengan Francaisor. Perniagaan Francais yang murah pula kemungkinan berdepan dengan risiko kurang sambutan pelanggan kerana belum lagi diuji tahap dan impak dalam pasaran, risiko yang hampir sama seperti memulakan perniagaan sendiri. Ada kalanya Francaisor gulung tikar kerana tak mampu bertahan dalam pasaran dan tujuan francaisor yang lebih kepada jual dari membaiki perkhidmatan. 

Maka dengan itu, bagi mengatasi halangan yang dihadapi oleh francais dan francaisor. Mereka iaitu francaisi dan francaisor dinasihatkan untuk mengenalpasti produk-produk tempatan yang berpotensi untuk dibangunkan sebelum sebagai perniagaan francais dengan mengadakan perundingan dengan pemilik perniagaan dan melalui penyediaan kemudahan-kemudahan serta bantuan yang diperlukan dari segi kewangan, khidmat nasihat dan rangkaian pasaran. 

Bagi mengatasi kelemahan pembangunan produk yang sedia ada di pasaran, mereka dinasihati supaya membangunkan produk-produk yang sama dengan produk-produk tempatan yang sedia ada di pasaran untuk difrancaiskan sekiranya didapati berpotensi sebagai perniagaan francais. Kementerian melalui agensinya akan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya dan seterusnya diambilalih oleh usahawan Bumiputera tempatan untuk difrancaiskan. Ini akan membolehkan produk-produk berkenaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun pemilik produk tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka buat masa ini. Bagi mengatasi lebihan perniagaan francais yang tidak berpontensi, mereja dinasihatkan supaya mengenalpasti perniagaan-perniagaan francais luar negara yang berpotensi terlebih dahulu untuk dibawa masuk ke Malaysia dan kemudiannya membeli hak secara terus bagi perniagaan-perniagaan tersebut sebagai francaisi induk. Perniagaan tersebut seterusnya akan difrancaiskan kepada usahawan-usahawan tempatan sebagai francaisi dan kemudiannya memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang berpotensi untuk memiliki hak francaisi induk tersebut. Pembelian hak ini akan dibuat menerusi agensi-agensi Kementerian seperti Perbadanan Nasional Berhad dan Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. 

Bagi menyelesaikan isu perkembangan terhadap perniaggan francais merekan dinasihatkan mengembangkan perniagaan produk-produk francais tempatan ke peringkat global. Ini termasuklah produk-produk francais yang sedia ada dan yang baru dibangunkan serta produk-produk francais yang dibangunkan dalam bentuk 'conversion'. Kementerian akan turut menyertai ekspo-ekpso francais di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan produk-produk francais tempatan ke luar negara. 

Bagi mengenalpasti kelemahan penyelidikan dan pembangunan(R&D) mereka dinasihatkan supaya menjalankan kajian-kajian bagi menentukan keberkesanan program serta penyelidikan dan pembangunan terlebih dahulu bagi meningkatkan lagi pencapaian program-program pembangunan perniagaan francais. Ini termasuklah kajian dan penyelidikan pasaran, kajian produk dan kajian premis perniagaan serta penyediaan kurikulum latihan. Ini dilaksanakan dengan kerjasama institusi-institusi pengajian dan penyelidikan tempatan seperti Universiti Utara Malaysia, MEDEC serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan. 

Pemberian latihan dan bimbingan kepada francaisor dan francaisi dari segi latihan teknikal operasi perniagaan produk berkenaan, kursus asas perniagaan francais kepada usahawan-usahawan, pembangunan perundingan kepada juruperunding-juruperunding francais dan mengadakan kursus-kursus di peringkat negeri juga boleh mengatasi kelemahan seperti kekurangan ilmu dan pengetahuan terhadap langkah pelaksanaan perniagaan francais yang lebih berkesan. Aktiviti ini didapati dilakukan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan institusi-institusi pengajian tinggi seperti Universiti Utara Malaysia dan MEDEC, UiTM. Contohnya mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan juga nasional bagi mempromosikan perniagaan francais kepada usahawan-usahawan tempatan. Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan serta sektor swasta juga akan turut menyertai seminar dan ekspo di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan perniagaan francais tempatan ke peringkat global serta menerbitkan brosur-brosur dan majalah mengenai perniagaan francais. 

Bagi mengatasi kelemahan isu kekurangan modal, mereka dicadangkan menyediakan kertas kerja kepada kerajaan bagi mencerminkan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, penyediaan skim pembiayaan yang komprehensif kepada francaisor, francaisi induk dan francaisi dalam bentuk pembelian ekuiti, 'loanstock' dan pinjaman biasa. Syarat-syarat permohonan di bawah Skim Pembiayaan Francais yang sedia ada akan dipermudahkan dan lebih banyak panel bank akan dilantik bagi membolehkan lebih ramai usahawan mendapat kemudahan di bawah skim tersebut dan tempoh masa permohonan juga boleh dipercepatkan. 

Akhir sekali, dari segi undang-undang pula kerajaan boleh mengawal kualiti perniagaan francais yang sedia ada. Pihak berkuasa dinasihatkan bagi menguatkuasakan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan. Akta tersebut digubal dengan tujuan membolehkan kerajaan mengumpul maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan francais melalui satu sistem pendaftaran yang teratur, mengawalselia pelaksanaan perniagaan berkonsep francais di Malaysia secara keseluruhannya dan membendung amalan tidak sihat dalam perniagaan francais.

No comments:

Post a Comment